Maradona serang Blatter

Maradona serang Blatter

SHUNEH, Jordan, 5 Mei (Reuters) – Kapten pasukan Argentina yang memenangi Piala Dunia, Diego Maradona melancarkan serangan ke atas Presiden FIFA, Sepp Blatter semalam dengan mengatakan badan induk bola sepak dunia itu porak-poranda sejak lelaki dari Switzerland berusia 79 tahun itu memimpin.

Dengan pilihan raya presiden FIFA akan berlangsung kurang sebulan dari sekarang, Maradona yang juga salah seorang pemain terhebat dalam sejarah bola sepak dan inspirasi di sebalik kemenangan Piala Dunia Argentina 1986, berkata masa untuk Blatter pergi sudah lama tertangguh.

Katanya, beliau akan melakukan apa sahaja untuk membantu Putera Ali Bin Al Hussein untuk menang walaupun putera Jordan berusia 39 tahun itu semalam membayangkan beliau mungkin mempertimbangkan untuk menarik diri jika salah seorang daripada dua pencabarnya boleh menang.

Dalam temu bual dengan moderator Forum Asia Soccerex, Guillem Balague, di Pusat Konvensyen Raja Hussein, kira-kira 60 kilometer dari Amman, Maradona memberikan sokongan kepada putera dari Jordan itu.

Diego Maradona bercakap semasa Forum Soccerex Asia di Pusat Konvensyen Raja Hussein di Jordan semalam. – Reuters
Diego Maradona bercakap semasa Forum Soccerex Asia di Pusat Konvensyen Raja Hussein di Jordan semalam. – Reuters

Ketika ditanya mengapa, beliau menjawab: “Jika saya tidak percaya bahawa dia akan menjadi presiden yang baik, saya tidak akan berada di sini.

“Seperti yang dunia bola sepak tahu, di dalam FIFA terdapat jumlah anarki, di mana hanya seorang sahaja yang memutuskan segala-galanya. Tetapi dia tidak tahu apa-apa. Oleh itu, ini adalah masa untuk perubahan. Dan ia perlu walaupun rakan-rakannya menasihati beliau untuk pergi.”

Maradona, 54, yang diundi bersama Pele sebagai Pemain Terbaik Abad Ke-20 oleh FIFA pada 2000, berkata beliau percaya kehadiran berterusan Blatter, yang cuba memenangi penggal kelima sebagai presiden, akan terus merosakkan bola sepak.

ARTIKEL YANG SAMA