Marah, ugut jiran dipenjara 3 bulan

Marah, ugut jiran dipenjara 3 bulan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Mah-kamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan ke atas seorang lelaki tempatan selepas me-ngaku bersalah bagi pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan menyebabkan kerosakan.

Awang Khairuddin bin Haji Jair, 42, didakwa menyebabkan ketakutan kepada Hajah Norhayati binti Haji Ludin, dengan membaling serpihan pasu ke arah bumbung rumah mangsa pada 8 Februari 2015 kira-kira 2:15 petang di Perumahan Lambak Kanan sambil menjerit dengan kemarahan kerana mengesyaki jirannya telah masuk campur dalam hal ehwal keluarganya.

Tertuduh pada 5 Mei 2015 kira-kira 6 petang juga didakwa menyebabkan kerosakan pada tingkap rumah mangsa dengan membaling serpihan bata.

Dalam sebutan pada Februari lalu, tertuduh disahkan layak untuk dibicarakan oleh doktor Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) selepas menjalani penilaian psikiatri.

ARTIKEL YANG SAMA