Maraton ulang tahun ke-54 ABDB 11 Okt depan

Maraton ulang tahun ke-54 ABDB 11 Okt depan

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Sept – Maraton sempena sambutan ulang tahun ke-54 Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) akan diadakan pada 11 Oktober 2015 di Stadium Mini, Bolkiah Garison.

Perlumbaan 21km akan bermula dari Bolkiah Garison menuju ke Mentiri dan membabitkan laluan balik ke arah Bolkiah Garison.

Perlumbaan 10 km akan bermula dari Bolkiah Garison menuju ke arah Mabohai dan membabitkan laluan balik ke arah Bolkiah Garison.

Sementara itu, perlumbaan 5 km Fun Run akan bermula dan berakhir di Stadium Mini Bolkiah Garison, membabitkan laluan sepanjang perimeter luar Bolkiah Garison.

Yuran penyertaan untuk acara 21km ialah $40, 10km sejumlah $35 dan $30 bagi larian 5km Fun Run. Semua peserta akan menerima hadiah baju T dan pingat. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada Jumaat 9 Oktober, 2015.

Hadiah wang tunai dan pingat akan diberikan kepada 10 peserta teratas dalam setiap kategori: Lelaki Terbuka, Wanita Terbuka, Veteran Lelaki (40 tahun ke atas) dan Veteran Wanita (40 tahun ke atas).

Acara ini adalah terbuka kepada semua anggota tentera dan peserta awam. “Cabutan Nombor Bertuah Bib” akan diadakan untuk semua peserta dengan hadiah-hadiah menarik untuk dimenangi.

Borang penyertaan dan maklumat lanjut boleh di e-mel kepada para peserta dengan menghantar teks kepada Pengerusi Jawatan-kuasa penganjur, Mejar Sopian bin Haji Mohammad Yassin melalui talian 8982066 atau dengan menghubungi Sekretariat talian 2315110 di Pejabat Sports Group Management di Bolkiah Garison pada waktu pejabat.

ARTIKEL YANG SAMA