Marc tarik diri daripada Olimpik Rio

Marc tarik diri daripada Olimpik Rio

SYDNEY, 5 Mei (AFP0 – Marc Leishman menarik diri dari Olimpik Rio semalam kerana ketakutan mengenai virus Zika dan kemungkinan impaknya ke atas isterinya, selepas pemain senegara dari Australia, Adam Scott juga menarik diri.

Leishman merupakan pemain nombor tiga Australia dan selepas langkah kontroversi Scott untuk tidak beraksi di Rio kerana jadual yang sibuk, dia bersedia untuk menyertai pemain nombor satu dunia, Jason Day di Brazil.

Tetapi ancaman Zika bawaan nyamuk dan kemungkinan jangkitan terhadap isterinya, Audrey, yang hampir maut akibat sindrom toksik mengejutkan tahun lepas, memaksanya untuk melepaskannya.

“Dengan berat hati saya memaklumkan Golf Australia bahawa saya tidak dapat untuk mewakili negara saya dalam Sukan Olimpik Musim Panas 2016 di Brazil,” kata pemain nombor 35 dunia dalam laman sesawang Golf Australia.

“Kebanyakan daripada anda mungkin tahu bahawa pada April lalu anak saya dan saya hampir kehilangan isteri saya, Ausrey, akibat sindrom toksik.

Leishman menarik diri dari Olimpik Rio berikutan ketakutan terhadap bahaya virus Zika, selepas pemain senegaranya, Adam Scott juga menarik diri. – AFP
Leishman menarik diri dari Olimpik Rio berikutan ketakutan terhadap bahaya virus Zika, selepas pemain senegaranya, Adam Scott juga menarik diri. – AFP

“Sejak itu Audrey mudah terdedah kepada jangkitan dan jauh dari 100 peratus pemulihan bagi sistem imunnya.

“Kami telah berbincang dengan doktor Ausrey dan memandangkan pemulihan berterusannya dari kejutan toksik dan potensi risiko dengan jangkitan virus Zika, ia adalah keputusan yang sukar untuk tidak menyertai.”

Brazil menjadi pusat bagi cetusan Zika, yang dipersalahkan bagi kecacatan kelahiran terhadap kelahiran anak –anak damit kepada wanita yang dijangkiti virus itu.

Chef de mission Pasukan Olimpik Australia, Kitty Chiller berkata dia bersimpati dengan keadaan Leishman.

“Kami faham bahawa keluarga perlu didahulukan dan kami menghormati keputusan Marc untuk tidak beraksi di Rio,” kata Chiller.

ARTIKEL YANG SAMA