Marchisio tak minat ke Anfield

Marchisio tak minat ke Anfield

MILAN, 20 Okt – Pemain tengah Juventus, Claudio Marchisio menafikan laporan berminat ke Liverpool dan mendakwa dia fokus untuk mengembalikan tahap kecergasannya selepas menandatangani kontrak sambungan dengan juara Itali itu.

Marchisio dikaitkan dengan perpindahan ke Anfield berikutan pelantikan Juergen Klopp sebagai pengurus baru Liverpool.

Marchisio kembali beraksi selepas kecederaan baru-baru ini untuk tampil pada ‘Derby d’Italia’ menentang Inter Milan di San Siro, awal pagi semalam.

Namun selepas terikat tanpa jaringan yang membantu Fiorentina kekal sebagai pendahulu satu mata di depan AS Roma, dia menolak kemungkinan akan terpujuk untuk berpindah ke Liverpool.

“Saya tidak berminat. Saya baru saja menandatangani kontrak sambungan dan saya baru kembali daripada kecederaan,” katanya. “Saya bekerja keras untuk kembali ke tahap kecergasan terbaik.”

Inter kendalian Roberto Mancini kekal di tangga ketiga, satu anak tangga di belakang Roma secara perbezaan jaringan manakala Juventus di tangga ke-14, 10 mata di belakang Fiorentina. – AFP

Claudio Marchisio pada perlawanan Serie A Itali, menentang Inter Milan di Stadium San Siro di Milan pada 18 Oktober 2015. – AFP
Claudio Marchisio pada perlawanan Serie A Itali, menentang Inter Milan di Stadium San Siro di Milan pada 18 Oktober 2015. – AFP

 

ARTIKEL YANG SAMA