Marco Reus tersingkir sehingga tahun depan

Marco Reus tersingkir sehingga tahun depan

BERLIN, 16 Dis (AFP) – Borussia Dortmund terpaksa berjuang tanpa Marco Reus untuk baki perlawanan tahun ini memandangkan pemain sayap Jerman itu mengalami kecederaan pangkal paha.

Reus terpaksa dikeluarkan sebelum tamat separuh masa dalam kemenangan 4-1 ke atas Eintracht Frankfurt Ahad lalu. Walaupun imbasan MRI mendedahkan tidak ada ligament terkoyak, dia bakal terlepas pusingan ketiga Piala Jerman di Augsburg dan perlawanan liga di Cologne Sabtu ini.

Ia adalah kali ketiga tahun ini pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan pangkal paha setelah terlepas beberapa minggu musim ini pada April dan sekali lagi pada November.

“Memang memalukan kerana dia bebas daripada kecederaan dan benar-benar cergas,” keluh jurulatih Dortmund, Thomas Tuchel.

Dortmund kedua selepas Bayern Munich dalam Bundesliga musim ini dan mencipta rekod kelab dengan tujuh kemenangan dan sekali seri daripada lapan perlawanan di tempat sendiri dan tewas hanya dua kali dalam liga utama. Kutipan sebanyak 38 mata sudah mencukupi untuk mereka mengatasi liga Inggeris, Sepanyol dan Itali.

Sementara itu, rakan sepasukan Reus, Neven Subotic berkata beliau akan menggunakan dua perlawanan terakhir tahun ini untuk ‘menyerang’ dan menunjukkan Tuchel dia berhak diberi tempat dalam kesebelasan utama. Pemain antarabangsa Serbia dijangka bermula menentang Augsburg untuk slot suku akhir Piala Jerman.

Subotic, yang merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi gelaran pada 2011 dan 2012, hanya beraksi dua kali dalam liga musim ini di bawah Tuchel, yang lebih suka menurunkan pemain antarabangsa Greece Sokratis dan Mats Hummels untuk gandingan bek tengah.

ARTIKEL YANG SAMA