Mariano gesa lebih banyak kemenangan

Mariano gesa lebih banyak kemenangan

MADRID, 27 Jun (AFP) – Pemangku Perdana Menteri Sepanyol Mariano Rajoy berkata dia akan berusaha menggesa bagi kuasa selepas parti konservatifnya memenangi lebih banyak kerusi dalam parlimen dalam pilihan raya umum ulangan semalam, meskipun ia masih kekurangan majoriti.

Partinya, Parti Popular (PP) adalah pemenang besar dalam pilihan raya itu, pilihan raya kedua dalam tempoh enam bulan, yang berlangsung di tengah pergolakan dari pengundian Britain mengejutkan untuk keluar dari Kesatuan Eropah(EU).

Parti itu yang menggambarkan dirinya sebagai pelindung kestabilan, telah memenangi 137 kerusi dalam dewan rendah parlimen yang mempunyai 350 kerusi lebih 14 dari yang diraih pada Disember lalu dan lebih dari apa yang diramalkan oleh tinjauan pendapat sebelum pilihan raya.

Mariano ketika menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif kebangsaan yang diadakan sehari selepas pilihan raya umum Sepanyol, di ibu pejabat PP di Madrid, semalam. Mariano menggesa lebih banyak kerusi dalam parlimen dalam pilihan raya umum ulangan semalam, meskipun masih kekurangan majoriti. - AFP
Mariano ketika menghadiri mesyuarat jawatankuasa eksekutif kebangsaan yang diadakan sehari selepas pilihan raya umum Sepanyol, di ibu pejabat PP di Madrid, semalam. Mariano menggesa lebih banyak kerusi dalam parlimen dalam pilihan raya umum ulangan semalam, meskipun masih kekurangan majoriti. – AFP

Kesemua parti lain kehilangan undi atau kerusi, dalam beberapa kes kehilangan kedua-duanya sekali.

Parti Sosialis bertahan pada tempat kedua seperti dalam bulan Disember lalu, meskipun dengan hanya 85 kerusi, perolehan teruk mereka dalam sejarah moden.