Marilah kita menderma darah

Marilah kita menderma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) akan mengadakan Kempen Derma Darah pada 17 September ini yang akan diadakan di pusat berkenaan dari pukul 4:30 petang hingga 9:00 malam.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya di sini, hari ini, mengalu-alukan orang ramai untuk menderma darah bagi membantu menyelamatkan mereka yang memerlukan darah. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745 / 5709.

ARTIKEL YANG SAMA