Marin sedia di ekstradisi ke AS

Marin sedia di ekstradisi ke AS

ZURICH/NEW YORK, 29 Okt (Reuters) – Jose Maria Marin, bekas presiden Persekutuan Bola Sepak Brazil, bersetuju untuk di ekstradisi ke Amerika Syarikag untuk menghadapi dakwaan rasuah, menurut Pejabat Persekutuan Kehakiman Switzerland dalam satu kenyataan semalam.

Marin adalah di antara tujuh pegawai dari pertubuhan induk bola sepak dunia, FIFA yang ditahan pada Mei lalu di hotel Zurich selepas didakwa terhadap dakwaan AS. Marin didakwa menerima rasuah berhubung kait dengan hak pemasaran sukan dan sehingga sekarang menentang ekstradisinya.

Seperti Marin, bekas naib presiden FIFA, Jeffrey Webb bersetuju untuk di ekstradisi ke AS, dan Webb sejak itu dibebaskan dengan bon bergantung kepad penahanan dalam rumah dan pengawasan elektronik ketika mana kesnya terus dijalankan. Lima bekas pegawai lain terus menentang ekstradisi ke AS, kata pejabat kehakiman.

Ia tidak diketahui sama ada Marin telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa AS atau bagaimana dia akan hadir di mahkamah AS. Peguam bagi Marin tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan ulasan. Jurucakap bagi pendakwa di Brooklyn, New York, enggan untuk mengulas.

Marin mengekalkan rumah di New York, menurut dakwaan AS dari Mei. Tidak jelas jika dia akan dibenarkan tinggal di sana sambil menunggu perbicaraan.

Dari tahun 2012 sehingga tahun ini, Marin bertindak sebagai ketua persekutuan Brazil dan juga memegang jawatan dalam FIFA, termasuk ke atas jawatankuasa penganjuran bagi perlawanan bola sepak Olimpik dan Piala Dunia, menurut pendakwaan.

Marin adalah salah seorang pegawai bola sepak berpangkat tinggi di mana firma pemasaran sukan, Datisa bersetuju untuk membayar AS$110 dalam sogokan dalam pertukaran bagi hak media bagi perlawanan bola sepak serantau, kata pihak berkuasa AS. Sekurang-kurangnya AS$40 juta dibayar pada ketika dakwaan diumumkan, kata mereka.

Pendakwaan itu juga mengaitkan Marin kepada rancangan untuk menerima rasuah bagi hak komersial yang berhubung kait dengan Copa do Brasil, perlawanan bagi pasukan-pasukan kelab terbaik Brazil.

ARTIKEL YANG SAMA