Mario Balotelli cemerlang di Nice

Mario Balotelli cemerlang di Nice

PARIS, 12 Sept – Bekas penyerang Liverpool, Mario Balotelli meledak dua gol pada penampilan sulungnya di Nice, sekali gus membantu kelab Mediterranean itu menundukkan pencabar tetangga, Marseille 3-2 pada kempen Ligue 1, awal pagi tadi.

Balotelli yang dipancing menerusi perpindahan percuma selepas dibenarkan untuk meninggalkan Anfield, membuka tirai jaringan di Allianz Riviera menerusi penalti pada minit ketujuh sebelum meledak gol keduanya 12 minit sebelum permainan tamat.

Marseille begitupun berjaya mendahului Nice bermula dengan jaringan penyamaan 1-1 daripada Florian Thauvin sebelum di depan menerusi gol Bafetimbi Gomis pada minit ke-72 namun gol kedua Balotelli diikuti jaringan minit-minit akhir Wylan Cyprien berjaya mengecewakan pelawat.

“Dua gol, ia adalah perlawanan pertama yang bagus, dia tidak memerlukan sebarang masa untuk mengadaptasi,” kata kapten Nice, Paul Baysse mengenai Balotelli.

Penampilan sulung Balotelli di kelab Nice membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol buat pasukan tersebut. – AFP
Penampilan sulung Balotelli di kelab Nice membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan dua gol buat pasukan tersebut. – AFP

“Perlawanan terakhirnya adalah beberapa bulan lalu. Malam ini dia memberikan kami 90 minit, sekali pun kami merancang untuk mengeluarkannya pada satu tahap. Pengurus Nice, Favre Lucien turut memuji persembahan pemain kontroversi Itali itu namun mengakui masih banyak yang perlu dilakukan bagi membuktikan dirinya.

“Ia hanya satu perlawanan, masih banyak yang perlu dilakukannya dan dia mengetahuinya,” kata Favre.

Dalam pada itu, kelab yang baru dinaikkan pangkat, Metz melakar kemenangan 3-0 ke atas Nantes manakala Rennes menundukkan Caen 2-0 di Brittany dengan kedua-dua gol dijaringkan Wesley Said dan Sanjin Prcic. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA