Mario Goetze berang

Mario Goetze berang

BERLIN, 31 Mac (AFP) – Meskipun menjaringkan dalam kemenangan Jerman ke atas Itali, Mario Goetze marah dengan kritikan pedas mengenai prestasinya daripada bekas pemain antarabangsa secara langsung di televisyen.

Goetze, 23 tahun, menjaringkan gol kedua Jerman ke atas Itali di Munich pada Selasa untuk mengetepikan satu musim yang dibelenggu kecederaan di Bayern Munich, di mana dia hanya muncul dalam empat aksi liga di bawah Pep Guardiola pada musim ini.

Golnya di Munich mengakhiri prestasi yang menakjubkan dalam kemenangan 4-1 tatkala Mannschaft bangkit daripada pendahuluan dua gol dalam kekalahan 3-2 kepada England pada Sabtu.

Namun Goetze marah apabila pengkritik TV Jerman Mehmet Scholl mengatakan pemain muda itu memerlukan “bantuan untuk menggerakkannya” dan “mesti berusaha lebih keras” mengenai prestasinya selepas berehat lima bulan disebabkan masalah ketegangan.

“Dia berkata demikian? Bagaimana dia membuat kesimpulan tersebut? Adakah dia datang ke latihan Bayern? Atau adakah dia hanya berkata demikian?” kata Goetze. “Jika dia berpendapat demikian, saya akan rasa tersinggung. Saya percaya saya berlatih secukupnya.”

Mario Goetze (kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Itali di Munich, 29 Mac lalu. – AFP
Mario Goetze (kiri) menerima ucapan tahniah daripada rakan sepasukan selepas menjaringkan gol semasa menentang Itali di Munich, 29 Mac lalu. – AFP

Komen Scholl bahawa Goetze memerlukan “bantuan” adalah rujukan terhadap laporan mengatakan Liverpool dijangka bertindak untuk menyatukan semula bintang Jerman dengan bekas jurulatih Borussia Dortmund Jurgen Klopp, yang membantu memupuk bakatnya.

Goetze mempunyai baki kontrak setahun lagi dan telah dikaitkan dengan kepulangan ke Dortmund, yang ditinggalkannya pada tahun 2013 selepas Bayern membayar 37 juta euro untuknya.

Setelah menjaring gol kemenangan dalam perlawanan final Piala Dunia 2014, Goetze dialu-alu sebagai Lionel Messi versi Jerman, tetapi dua tahun kemudian, dia gagal memenangi tempat permulaan di bawah Guardiola di Bayern.

“Lionel Messi melakukan sesuatu dalam tempoh 90 minit, Mario melakukan sesuatu apabila dia rasa ingin melakukannya,” komen Scholl.

ARTIKEL YANG SAMA