‘Market Day IBTE’ 11 Nov

‘Market Day IBTE’ 11 Nov

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Nov – Bagi membantu graduan mereka mencari pekerjaan selepas selesai pengajian, Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) akan mengadakan ‘Market Day IBTE 2015’ di Institut Perkhidmatan Awam, Kampung Rimba, Gadong bermula dari 11 November hingga 12 November ini.

Acara selama dua hari itu juga menyediakan mereka dengan akses kepada majikan yang mencari calon berkebolehan untuk mengisi kekosongan dalam syarikat mereka. Syarikat-syarikat yang menyertai pameran pekerjaan kali ini ialah syarikat-syarikat dari sektor bukan minyak dan gas. Semasa acara ini, para graduan bukan sahaja didedahkan dengan peluang-peluang pekerjaan tetapi mereka juga dapat menyertai klinik menulis Curriculum Vitae (CV) dan menghadiri sesi temuduga.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menghadiri temuduga, adalah dinasihatkan membawa bersama CV, dokumen yang berkaitan dan berpakaian segak dan sesuai.

ARTIKEL YANG SAMA