Marko Grujic sertai Liverpool

Marko Grujic sertai Liverpool

LIVERPOOL, 7 Jan – Marko Grujic muncul pemain pertama dibawa masuk oleh Jurgen Klopp selaku pengurus Liverpool dengan nilai 5.1 juta pound dari kelab, Red Star Belgrade.

Pemain bawah 21 Serbia itu bersetuju dengan terma yang akan menyaksikan dia berada di Anfield sehingga musim panas 2020 tetapi tidak akan terus beraksi dalam kempen kali ini sebaliknya kekal bermain bersama Red Star sebagai pemain pinjaman.

Klopp tertarik untuk mendapatkan tandatangan Grujic yang tampil sebagai antara seorang daripada pemain muda harapan Eropah dan hanya akan bersama dengan Liverpool pada Julai nanti untuk memulakan jelajah pra musim.

“Kami sangat gembira kerana Marko adalah pemain berbakat dan kami sudah banyak kali melihat kelibatnya,” kata Klopp menerusi laman web rasmi Liverpool.

“Apabila saya datang ke sini, barisan pencari bakat melihat beberapa salinan video pemain dari Red Star Belgrade yang memiliki kemahiran baik. “

Kami lihat, bercakap dan menemuinya. Dia budak baik, masih muda tetapi sudah memainkan peranan penting di Red Star yang juga kelab terbaik di Serbia.

“Untuk menerangkan mengenainya, saya mahu katakan dia memiliki ketinggian tetapi cukup pantas serta bagus dari segi teknikal. “Dia boleh lakukan hantaran, menggelecek.

Dia masih muda dan perlu diasah lagi.” – Agensi

ARTIKEL YANG SAMA