Marouane Fellaini pemain ‘Pelan B’ – Van Gaal

Marouane Fellaini pemain ‘Pelan B’ – Van Gaal

LONDON, 2 Nov (Reuters) – Louis Van Gaal dilapor akan hanya membariskan Marouane Fellaini dalam kesebelasan utama menggunakan ‘pelan B’ jika masalah penyudah Manchester United berterusan.

United kini menghadapi masalah penyudah atau menghasilkan jaringan gol sejak kelab itu menentang CSKA Moscow dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah esok.

Walaupun Fellaini berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Kelab Brugge pada awal musim lalu namun dia tetap tidak diturunkan sebagai penyerang.

“Apabila saya menurunkan dia (Fellaini) sebagai penyerang, dia hanya penyerang bagi ‘pelan B’.

Marouane Fellaini (kanan) ketika mengambil bahagian dalam sesi latihan di Manchester, England, pada 2 November 2015 menjelang perlawanan Liga Juara-Juara UEFA menentang CSKA Moscow pada 3 November. – AFP

“Dia hanya bermain sebagai penyerang sekali sahaja, ketika menentang Liverpool. Tetapi ketika itu saya mempunyai masalah pemain (kecederaan). Sebab itu saya mainkan dia sebagai penyerang. Bagaimanapun ia bukan normal,” jelasnya.

Van Gaal menegaskan, kebolehan Fellaini bukan bermain sebagai penyerang sebaliknya pemain tengah.

Tambahnya, untuk bermain sebagai pemain tengah, Fellaini perlu bersaing mendapatkan tempat di kalangan rakan sepasukan.