Marquez catat masa terpantas

Marquez catat masa terpantas

SACHSENRING, Jerman, 17 Julai – Pendahulu kejuaraan MotoGP, Marc Marquez akan memulakan Grand Pric Jerman hari ini dari kedudukan teratas selepas mencatakan masa terpantas dalam kelayakan di atas litar di mana dia belum pernah dikalahkan sejak 2010.

Berita baik selanjutnya bagi Marquez yang menunggang Honda adalah juara bertahan dunia, Jorge Lorenzo, kedua dalam kejuaraan ketika ini, jatuh dua kali semalam dan berada di kedudukan ke-11 di barisan keempat dari grid, kedudukan kelayakan paling teruk dalam tempoh tiga tahun.

Sebaliknya, pesaing Marquez dari Sepanyol, Hector Barbera dari Ducati dan legenda dari Itali, Valentino Rossi dari Yamaha akan memberikan ancaman terbesar dari barisan depan selepas berada di tangga kedua dan ketiga di belakang penunggang Honda dalam sesi terakhir semalam.

“Saya merasa gembira mencatatkan masa terpantas hari ini, kerana kami adalah lebih baik di sini berbanding litar lain,’ kata Marquez.

“Kita akan melihat apa yang berlaku esok, kerana ramalan cuaca adalah bagi keadaan tidak begitu stabil,’ tambahnya, dengan hujan dijang turun di Sachsenring hari ini.

Marquez ketika bersaing dalam kelayakan Grand Prix pada trek perlumbaan motorsikal Sachsenring di Hohenstein-Ernstthal, Jerman, semalam. - AFP
Marquez ketika bersaing dalam kelayakan Grand Prix pada trek perlumbaan motorsikal Sachsenring di Hohenstein-Ernstthal, Jerman, semalam. – AFP

“Dalam banyak–banyak kes, kami akan cuba menamatkan di atas podium, yang mana menjadi tumpuan kami.”

Memburu gelaran rekod ke sepuluh, Rossi mempunyai sedikit ruang bagi kesilapan dengan defisit 42 mata berbanding Marquez dan 18 ke atas Lorenzo selepas gagal menyudahkan tiga dari lapan perlumbaan pertama di atas litar musim ini.

“Doktor”, pilihan ramai, Rossi yang menggelar dirinya, jatuh di Austin, mengalami kegagalan enjin di Mugello dan kemudian tergelincir dalam hujan lebat tiga minggu lalu di Belanda.

“Ia akan menjadi sukar dan saya tidak lagi dapat mengawal takdir saya sendiri,’ kata juara dunia sembilan kali itu.

“Tetapi saya akan berjuang sehingga ke akhirnya.” – AFP