Marquez dahului GP Jerman

Marquez dahului GP Jerman

SACHSENRING, Jerman, 18 Julai – Pelumba Sepanyol, Marc Marquez menjarakkan kelebihannya selaku pendahulu kejuaraan MotoGP selepas pelumba Honda itu bangkit daripada permulaan perlahan untuk menamatkan saingan di tempat pertama, sekali gus merangkul Grand Prix (GP) Jerman, sebentar tadi.

Marquez merakam masa 47 minit 03.239 saat, meninggalkan pelumba Britain, Cal Crutchlow di tangga kedua sementara pelumba Itali, Andrea Dovizisio berpuas hati dengan tempat ketiga.

Marquez, yang meraikan kejayaan selepas perlumbaan, hampir menggandakan kelebihan ke atas Lorenzo. Mata yang diperolehnya melonjak sehingga 170 mata secara keseluruhan, dengan rakan senegara dari Sepanyol itu kini ketinggalan di tempat kedua dengan 122 mata.

Pencabar kejuaraan, Valentino Rossi pula terpaksa akur dengan kedudukannya selepas ketinggalan +26.449 saat di belakang Marquez.

Rossi, legenda Itali, berada di tempat ketiga dengan 111 mata.

Marquez meraikan kejayaannya dengan menjulang trofi semasa majlis anugerah bagi perlumbaan MotoGP di Sachsenring Jerman, semalam. – AP
Marquez meraikan kejayaannya dengan menjulang trofi semasa majlis anugerah bagi perlumbaan MotoGP di Sachsenring Jerman, semalam. – AP

Sebahagian daripada pelumba bertolak untuk bercuti pada musim panas selama sebulan sebelum Grand Prix Austria.

Keputusan itu meletakkan Marquez menghimpun 170 mata dan kekal selaku pendahulu dengan Jorge Lorenzo ketinggalan 48 mata di belakang rakan senegaranya itu.

“Saya tidak dapat membayangkan (yang saya akan menjadi jauh ini lebih awal), ia adalah sesuatu yang besar,” kata Marquez.

“Saya membuka jurang dalam dua perlumbaan terakhir (dia adalah yang kedua kali terakhir di dalam Assen) dan saya dalam keadaan berkeyakinan baik selepas separuh masa pertama yang baik pada musim ini.

“Sekarang saya akan menenangkan diri dan pergi ke kolam renang.” – AFP