Marquez fokus aksi Valencia

Marquez fokus aksi Valencia

LONDON, 30 Okt (Agensi) – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez berkata, dia te¬lah melupakan kontroversi dengan pelumba Movistar Yamaha, Valentino Rossi di Sepang dan kini mahu menumpukan fokus untuk memenangi perlumbaan terakhir musim ini di Valencia.

Terdahulu, Marquez terkeluar dari pada saingan GP Malaysia selepas berlaku insiden dengan Rossi yang menyaksikan pelumba Itali itu didapati bersalah, sekali gus dikenakan hukuman dengan memulakan perlumbaan di petak pa¬ling belakang pada 8 November ini selain ditolak tiga mata kejuaraan.

Pelbagai spekulasi timbul apabila Marquez mendakwa Rossi telah bertindak luar kawalan dengan menendangnya, manakala ‘The Doctor’ menyalahkan pelumba Sepanyol itu kerana dengan sengaja memperlahankan rentaknya bagi memberi peluang kepada rakan senegaranya, Jorge Lorenzo, sekali gus merapatkan jurang kepada tujuh mata menjelang pertembungan terakhir di Sepanyol nanti.

Gambar fail bertarikh 24 Oktober 2015 menunjukkan Marc Marquez ketika di dalam garaj pasukannya sebelum sesi latihan ketiga perlumbaan Grand Prix MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. – AFP
Gambar fail bertarikh 24 Oktober 2015 menunjukkan Marc Marquez ketika di dalam garaj pasukannya sebelum sesi latihan ketiga perlumbaan Grand Prix MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang. – AFP

“Sepanjang minggu ini, saya rasa kami sangat kompetitif dan telah mempunyai rentak yang baik. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada Dani Pedrosa kerana telah berjaya mempamerkan persembahan yang mantap. Sudah semestinya kerana berjaya memenangi perlumbaan.

“Semua orang dapat melihat apa yang terjadi semasa perlumbaan dan saya telah bercakap apa yang perlu saya katakan. Buat masa ini, saya hanya memikirkan mengenai Valencia dan sangat menikmati perlumbaan serta akan memberikan persembahan terbaik di sana nanti.

“Perkara terbaik adalah Valencia merupakan salah sebuah litar untuk tahun ini yang mana kami akan berlumba di hadapan peminat setia kami dan perkara itu sentiasa menjadi sesuatu yang istimewa.

“Oleh kerana ia adalah perlumbaan terakhir untuk musim ini, semangat dan suasana pasti menakjubkan dan itulah perkara yang kamu akan hadapi dalam setiap perlumbaan MotoGP sejak dari kamu berada di sana,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA