Marquez juara dunia MotoGP

Marquez juara dunia MotoGP

MOTEGI, Jepun, 16 Okt – Marc Marquez mengesahkan kejuaraan MotoGP dunia buat kali ketiga selepas mengungguli Grand Prix (GP) Jepun malam ini.

Dua pencabar utamanya daripada Yamaha, Valentino Rossi dan Jorge Lorenzo bagaimanapun terkeluar daripada saingan selepas terbabit dalam kemalangan.

Penunggang Honda berusia 23 tahun itu muncul juara termuda dunia yang memenangi tiga gelaran utama MotoGP.

Ia lebih bermakna apabila kejayaan itu dicapai di laman sendiri Honda dekat Twin Ring Motegi, yang mana dia tidak pernah menjuarainya.

Marquez ketika meraikan kejayaan bersama para penyokong selepas mengungguli Grand Prix (GP) Jepun, kelmarin. – AFP
Marquez ketika meraikan kejayaan bersama para penyokong selepas mengungguli Grand Prix (GP) Jepun, kelmarin. – AFP

Marquez menamatkan aksi 24 pusingan itu dengan kepantasan 42 minit 34.610 saat (s), 2.992s di depan pelumba Ducati Andrea Dovizioso dan pelumba Suzuki, Maverick Vinales (4.104s).

“Jelas sekali, menakjubkan… perasaan yang menakjubkan,” Marquez berkata selepas kemenangannya dengan senyuman lebar.

Beliau bermula di petak kedua, selepas Rossi. juara musim lalu, Lorenzo juga bermula di barisan hadapan. – AFP