Marquez kekalkan penguasaan di MotoGP AS

Marquez kekalkan penguasaan di MotoGP AS

LOS ANGELES, 11 April (AFP) – Marc Marquez melanjutkan penguasaannya dalam Grand Prix MotoGP AS semalam, dengan menunggang Honda di Austin, Texas, bagi tahun keempat berturut–turut.

Marquez, yang masih segar dengan kemenangan di Argentina, mencatatkan kemenangan dengan masa 43minit dan 57.945 saat, dengan pesaing dari Yamaha, Jorge Lorenzo di tempat kedua 6.107 saat dan penunggang Ducati dari Itali, Andrea lannone di tempat ketiga dengan ketinggalan 10.947saat.

Juara dunia dua kali, Marquez juga mengukuhkan cengkamannya di tangga teratas dalam kedudukan keseluruhannya sementara juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi, yang berada dalam perlumbaan, ketinggalan lapan mata di belakang Marquez, tersingkir dengan Yamaha.

Dengan kemenangan kedua dari 19 perlumbaan musim ini, Marquez mengekalkan rekod sempurna di AS selepas memulakan di grid pertama.

Seorang lagi penunggang dari Sepanyol, juara dunia Lorenzo, yang serupa dengan rakan sepasukan dari Yamaha, Rossi bergelut di atas litar di bukit di luar ibu negara Texas, bermula garang pada garisan awal untuk merampas pendahuluan pada selekoh pertama.

Marquez bersama trofi kemenangannya selepas berjaya menjuarai Grand Prix MotoGP AS, semalam. – AFP
Marquez bersama trofi kemenangannya selepas berjaya menjuarai Grand Prix MotoGP AS, semalam. – AFP

Tetapi dia tersasar, yang membolehkan Marquez untuk memintas di depan, dan penunggang Ducati, Andrea Dovizioso di tangga kedua ketika Aleix Espargaro dari Sepanyol berada di tempat keempat dengan Ducati.

Cabaran Rossi pula berakhir pada pusingan yang ketiga, apabila dia terjejas pada selekoh kedua dan mengalami kemalangan, 24 perlumbaannya dengan lima penyudah teratas berakhir.

Sementara itu Marquez dan Dovizioso memisahkan diri mereka, Marquez mencatatkan pendahuluannya di tempat kedua pada pertengahan pusingan keempat.

Di belakang pelumba dari Sepanyol berlaku banyak kejadian.

Ketika Espargaro terjejas, Lorenzo berjaya mengatasi Dovizioso dengan rakan sepasukan Marquez yang menunggang Honda, Dani Pedrosa mengekori di belakang.

ARTIKEL YANG SAMA