Marquez menang MotoGP Australia

Marquez menang MotoGP Australia

PHILIP ISLAND, Australia, 18 Okt – Penunggang Repsol Honda dari Sepanyol Marc Marquez mengatasi Jorge Lorenzo dalam pusingan akhir MotoGP Australia hari ini sekali gus muncul juara dalam perlumbaan yang berlangsung di litar Phillip Island.

Marquez mengatasi rakan senegaranya dengan catatan 0.249 saat yang menduduki tempat kedua manakala tempat ketiga pula diraih penunggang Ducati dari Itali Andrea lannone.

Valentino Rossi pula sekadar di tempat keempat manakala 11 mata peneraju kejohanan dunia itu dikurangkan berbanding Lorenzo dengan perlumbaan masih berbaki dua.

Marquez yang merupakan juara bertahan memulakan perlumbaan dari petak utama selepas mengatasi Andrea Iannone dengan Valentino Rossi berada di kedudukan ketujuh ketika sesi kelayakan.

Pelumba Repsol Honda itu yang terlepas beberapa perlumbaan gara-gara patah tangan kiri bulan lalu, mencatat masa terpantas satu minit 28.364 saat dan memulakan perlumbaan dari petak utama buat kali kelapan musim ini.

Marc Marquez melmbaikan tanga kepada para peminta selepas memenangi Grand Prix MotoGP Austral-ia di Phillip Island pada 18 Oktober 2015. - AFP
Marc Marquez melmbaikan tanga kepada para peminta selepas memenangi Grand Prix MotoGP Austral-ia di Phillip Island pada 18 Oktober 2015. – AFP

Ia adalah kedudukan petak utama ke-30 baginya sepanjang terbabit dalam MotoGP ketika mahu memenangi aksi di Australia buat kali pertama selepas terbabit kemalangan tahun lalu selain penyertaannya dibatalkan pada 2013.

Terdahulu, Iannone turut mengejutkan peserta lain apabila berada di petak kedua, di depan pelumba Movistar Yamaha Jorge Lorenzo sambil juara dunia Rossi memulakan perlumbaan di barisan ketiga.

Ia adalah permulaan barisan depan buat kali ketiga Iannone musim ini dan dia mencatat (1:28.680) berbanding Lorenzo. – dpa

ARTIKEL YANG SAMA