Marrybrown buka cawangan kedua

Marrybrown buka cawangan kedua

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 22 Jan – Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown telah membuka cawangannya yang kedua di FC13 Foodcourt, The Mall Gadong, hari ini.

Hadir melancarkan cawangan baru itu, petang tadi ialah Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd, Malcolm Lim bersama Pengarah Urusan Marrybrown, Thomson Tan serta warga syarikat berkenaan.

Sempena pembukaan ini, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan dan Pemasaran, Melissan Tan memberitahu, untuk tiga hari pertama ini, Marry-brown di The Mall itu akan mengadakan promosi beli satu percuma satu burger ayam dan ais krim Dino cups bagi mana-mana pembelian ‘combo meal’ yang boleh ditebus di cawangan utamanya di Gadong.

Majlis turut menyaksikan Malcolm Lim menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang pondok gambar pada Disember lalu, iaitu Awang Ariff bin Hanapiah yang telah membawa pulang iPad Air 2.

Malcolm Lim bergambar ramai semasa pelancaran pembukaan cawangan baru Marrybrown.
Malcolm Lim bergambar ramai semasa pelancaran pembukaan cawangan baru Marrybrown.
Malcolm Lim ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Ariff.
Malcolm Lim ketika menyampaikan hadiah kepada Awang Ariff.

ARTIKEL YANG SAMA