Marrybrown ceriakan 30 anak yatim

Marrybrown ceriakan 30 anak yatim

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Julai – Bersedekah dan membantu golongan yang kurang bernasib baik apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini adalah perkara yang amat dituntut oleh Islam.

Justeru, pelbagai pihak telah mengambil peluang untuk menganjurkan aktiviti kebajikan termasuk meraikan anak-anak yatim dan golongan miskin dalam bulan yang penuh berkat ini.

Semalam, seramai 30 orang anak yatim diraikan oleh restoran segera, Marrybrown yang telah menjemput mereka untuk berbuka puasa di restoran makanan segera berkenaan di Gadong.

Pekerja Marrybrown turut mengagihkan hamper Hari Raya kepada anak-anak yatim berkenaan.

Pekerja Marrybrown ketika mengagihkan hamper kepada anak-anak yatim.
Pekerja Marrybrown ketika mengagihkan hamper kepada anak-anak yatim.

ARTIKEL YANG SAMA