Marrybrown rai ulang tahun pertama bersama pelanggan

Marrybrown rai ulang tahun pertama bersama pelanggan

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Dis – Rangkaian restoran makanan segera Marrybrown bakal menyambut ulang tahun pertamanya di negara ini dengan meraikannya bersama para pelanggan pada 27 Disember ini.

Marrybrown, yang membuka cawangannya di Brunei Darussalam pada 27 Disember 2014, menyediakan pelbagai aktiviti termasuk penampilan maskot Chipmunk, peraduan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan makan burger ayam dan pelbagai permainan.

Hadiah menarik untuk dimenangi termasuk iPad, iPhone 6s, Alcatel Pop, baucar Secret Recipe dan Marrybrown, serta pek minuman Pepsi yang bakal menjadi milik pelanggan yang membuat pembelian serendah $1 di Marrybrown yang terletak di Kompleks Abdul Razak, Gadong (bersebelahan Sin Kiew Hin).

Pengurus Operasi Marrybrown, Sherman Tan dalam sidang media hari ini berkata, Marrybrown akan membuka satu lagi cawangannya di Food Court, The Mall, Gadong pada pertengahan Januari 2016. Pihaknya juga sedang melihat lokasi lain yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai cawangan barunya.

Kakitangan Marrybrown bakal memeriahkan sambutan ulang tahun pertamanya pada 27 Disember 2015.
Kakitangan Marrybrown bakal memeriahkan sambutan ulang tahun pertamanya pada 27 Disember 2015.

Pada 27 Disember ini, Marrybrown juga akan mengagihkan kupon aiskrim dan belon secara percuma di kawasan Food Court, Mall Gadong, yang boleh ditebus di Marrybrown. Pada hari yang sama, Pengarah Urusan Kingston Beverage & Creamery, Malcolm Lim juga akan menyampaikan sumbangan cek kepada Learning Ladder Society, SMARTER Brunei dan Pusat Ehsan.

Ulang tahun pertama Marrybrown ini turut memuatkan peraduan mengambil gambar paling menarik berserta dengan kapsyen dan seterusnya memuat naik ke ‘instagram’ dan hashtag ke @marry-brownbrunei.

Gambar yang paling kreatif dan menarik akan menerima hadiah menarik dengan pemenang akan diumumkan pada Januari 2016.

ARTIKEL YANG SAMA