Marrybrown rai ulang tahun pertama

Marrybrown rai ulang tahun pertama

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Dis – Sebagai menghargai pelanggan yang memberikan sambutan yang cukup menggalakkan, Marrybrown Sdn Bhd cawangan Brunei sempena ulang tahun pertamanya telah mengadakan hadiah cabutan bertuah khas untuk pelanggan tetapnya dengan setiap pembelian akan berpeluang membawa pulang hadiah menarik jenama Apple.

Sambutan ulang tahun pertama syarikat itu turut dimeriahkan dengan peraduan mewarna untuk kanak-kanak dengan menawarkan beberapa hadiah menarik.

Hadir pada majlis sambutan hari ulang tahun di Gadong ialah Pengasas dan Pengerusi Marrybrown Sdn Bhd, Datuk Lawrence Liew.

Majlis juga dimeriahkan dengan sumbangan derma kepada tiga pusat iaitu Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajah Maryam, Pusat Learning Ladder dan SMARTER Brunei yang disampaikan oleh Datuk Lawrence.

Ulang tahun restoran makanan segera yang dibuka pada tahun 2014 itu turut diserikan dengan majlis pemotongan kek.

Ulang tahun pertama Marrybrown turut diserikan dengan majlis pemotongan kek.
Ulang tahun pertama Marrybrown turut diserikan dengan majlis pemotongan kek.
Datuk Lawrence bergambar ramai  bersama kakitangan Marrybrown.
Datuk Lawrence bergambar ramai bersama kakitangan Marrybrown.

ARTIKEL YANG SAMA