Marrybrown tampil hidangan baru

Marrybrown tampil hidangan baru

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Restoran makanan segera Marrybrown kini menawarkan dua promosi hidangan terbaru yang kini boleh didapati di cawangannya di Gadong sehingga 15 November depan.

Salah satu promosi yang ditawarkan ialah Nasi Kari Kapitan yang dipenuhi dengan gabungan rasa cili, bawang merah, bawang putih, serai, kunyit, lengkuas dan rempah lain.

Manakala, hidangan Chicken-O-Rice pula disaluti dengan kuah yang istimewa.

Di samping itu, Marrybrown mengumumkan bahawa mereka telah menerima persijilan halal bagi penyediaan makanan dan produk keluarannya, yang mana pengiktirafan ini adalah selaras dengan hasrat mereka untuk menyediakan makanan halal buat para pelanggan.

Pemilik Restoran Marrybrown, Pengiran Hamdan bin Pengiran Haji Ahmad ketika bergambar ramai ber-sama kakitangan dan sijil halal restoran itu ketika memperkenalkan hidangan terbarunya.
Pemilik Restoran Marrybrown, Pengiran Hamdan bin Pengiran Haji Ahmad ketika bergambar ramai ber-sama kakitangan dan sijil halal restoran itu ketika memperkenalkan hidangan terbarunya.

ARTIKEL YANG SAMA