Marrybrown tampil koleksi Jurassic World

Marrybrown tampil koleksi Jurassic World

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Restoran makanan segera, Marrybrown, hari ini, meraikan kerjasama pertamanya dengan Universal Studio bagi penayangan perdana filem Jurassic World di Brunei Darussalam.

Siri keempat Jurassic Park ini membawa penonton ke taman Jurassic yang terdapat di sebuah pulau yang mempunyai pelbagai haiwan dinosaur.

Sempena penayangan filem itu, Marrybrown menawarkan sembilan koleksi Jurassic World dan dengan pembelian minima $5 daripada menu Marrybrown, pelanggan boleh mendapatkan koleksi dino pada harga promo sehingga stok masih ada.

Pelanggan boleh memilih sama ada koleksi Jurassic World berupa gelas aluminium yang berubah warna yang mana bagi gelas warna hijau boleh didapati pada 18-24 Mei; gelas merah (25-31 Mei) ataupun gelas biru (1-7 Jun).

Marrybrown kini menawarkan koleksi dino sempena penayangan Jurassic World di negara ini.
Marrybrown kini menawarkan koleksi dino sempena penayangan Jurassic World di negara ini.

Di samping itu, Marrybrown juga menawarkan kepada pelanggan bantal empuk T-Rex, yang boleh didapati pada 8-14 Jun; bantal Jurassic World (15-21 Jun) ataupun jam tangan kanak-kanak Jurassic World dengan pilihan bagi warna oren atau kuning pada 22-28 Jun, warna hijau atau merah jambu pada 29 Jun hingga 5 Julai.

ARTIKEL YANG SAMA