Marseille, Lyon seri tanpa jaringan

Marseille, Lyon seri tanpa jaringan

MONTPELLIER, Perancis, 19 Sept – Pasukan gergasi yang bergelut, Marseille gagal untuk mendapatkan sasaran dalam perlawanan sengit yang berkesudahan seri 0-0 menentang Lyon, menyaksikan bas pasukan mereka dibaling batu sebelum pertemuan Ligue 1 semalam.

Pemilik baru Marseille, taikun dari AS, Frank McCourt berada di Velodrome di samping presiden kelab, Margarita Louis-Dreyfus di mana pasukan yang dibiayai itu gagal untuk cemerlang.

Ketika ketegangan meningkat pemain penyerang Marseille, Bafetimbi Gomis terlepas pada waktu kecederaan menentang bekas kelabnya yang menyaksikan jurulatih Franck Passi memegang kepalanya.

Marseille sekarang mencatatkan dua mata di kedudukan tercorot Ligue 1 sementara pasukan tangga kedua musim lalu, Lyon berada di tangga ketujuh, ketinggalan enam mata dari pendahulu Monaco.

Pemain midfield Lyon, Corentin Tolisso berkata keputusan seri itu adalah bagus bagi pasukan pelawat.

Aksi kedua-dua pasukan yang berkesudahan seri tanpa jaringan. – AP
Aksi kedua-dua pasukan yang berkesudahan seri tanpa jaringan. – AP

“Sejujurnya, selepas dua kekalahan kami melepaskan tujuh gol, untuk datang ke sini ke Marseille dan seri adalah keputusannya,” katanya. Pada perlawanan lebih awal malam itu, sepakan penalti pada masa kecederaan membolehkan Saint Etienne mencatatkan kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas Bastia apabila pemain gantina, Romain Hamouma meletakkan dirinya akibat dikasari untuk menyudahkan sepakan penalti.

Pemain utama, Younes Belhanda mencatatkan satu mata bagi Nice dalam keputusan seri 1-1 di Montpellier dengan jaringan lewat yang bermakna pasukannya terpaksa mendaki di atas pasukan juara Paris Saint Germian untuk berada di tangga kedua dalam Ligue 1.

Setelah berada di tangga keempat musim lalu, Nice kehilangan jurulatih mereka, Calude Paul kepada Southampton sementara Hatem Ben Arfa berpindah ke PSG.

Tetapi dengan jurulatih dari Switzerland, Lucien Favre yang sekarang membimbing, Nice adalah pasukan yang belum pernah tewas dalam Ligue 1 setakat ini dan membawa masuk Belhanda yang dalam pinjaman dari Dynamo Kiev sementara menggantikan pemain penyerang Itali, Mario Balotelli. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA