Marseille, Rennes menang

Marseille, Rennes menang

PARIS, 14 Sept (AFP – Marseille menyelamatkan tiga mata penting semalam ketika mereka membenam pesaing Mediterranean Bastia 4-1, sementara Rennes melonjak ke tangga kedua dalam Ligue 1 selepas menewaskan Nantes 2-0.

Bulan pertama musim ini yang sukar menyaksikan Marseille hanya mengutip tiga mata daripada empat perlawanan dan berada di atas zon penyingkiran sebelum sepak mula di Stade Velodrome.

Tetapi rehat antarabangsa dilihat tiba tepat pada masanya bagi pasukan Michel ketika pasukan OM mendahului pada minit ke-16 menerusi jaringan Bejamin Mendy sebelum jaringan separuh masa kedua Romain Alessandrini dan rembatan Michy Batshuayi.

“Apa yang saya suka (mengenai persembahan itu)? Segala-galanya,” kata Michel selepas itu.

“Persembahan dari pasukan saya membolehkan saya berbangga.

Apabila saya melihat mereka beraksi seperti itu, saya perlu berterima kasih kepada mereka kerana saya rasa pasukan itu mempunyai sumber yang diperlukan untuk beraksi pada peringkat tinggi ini.”

“Bastia mungkin tidak berada pada peringkat itu.

Kami rasa mereka akan melakukannya malam ini tetapi kami beraksi dengan baik,” tambah pemain dari Sepanyol itu.

Brandao menjaringkan gol sagu hati menentang bekas pasukannya ketika Bastia mengalami kekalahan kedua berturut–turut setelah memulakan kempen dengan mengutip tujuh mata daripada tiga perlawanan pertama.

Tempoh gembira Michel yang menyaksikan pasukannya menewaskan Troyes 6-0 dalam kemunculannya tidak panjang apabila pengurus dari Sepanyol itu melihat pasukannya tewas 2-0 di Guingamp dalam perlawanan lalu.

Bagaimanapun, rehat selama dua minggu aksi domestik adalah peluang bekas pemain sayap Real Madrid itu untuk mengenali pemainnya, terbukti amat berbaloi bagi pasukan yang mengalami tiga kekalahan dalam empat perlawanan Ogos lalu.

ARTIKEL YANG SAMA