Marseille sah milik McCourt

Marseille sah milik McCourt

MARSEILLE, 18 Okt – Taikun AS, Frank McCourt semalam secara rasminya melengkapkan pembelian Marseille dan berikrar untuk melabur 200 juta (AS$220 juta) untuk mengekalkan gergasi Ligue 1 yang terjejas itu kepada bekas kejayaan mereka.

Bekas pemilik Los Angeles Dodgers itu, 63, menandatangani kertas kerja di Paris setelah memasuki perbincangan esklusif untuk membeli Marseille dari pemilik Margarita Louis-Dreyfus pada 29 Ogos.

Louis-Dreyfus mengambil alih kendalian selepas kematian suaminya, Robert pada 2009, tetapi biarpun pelaburan berjuta euro, kelab tersebut bergelut untuk menamatkan kedudukan ke 13 musim lalu.

Pemilikan McCourt berkuatkuasa serta merta dengan presiden kelab barunya, Jacques-Henri Eyraud, tiba di stadium Veldorome pasukan itu untuk meraikan bermulanya era baru selepas 20 tahun di bawah kawalan keluarga Louis-Dreyfus.

“Hari ini babak baru dibuka dalam sejarah hebat Olympique de Marseille,” kata McCourt dalam satu kenyataan selepas menandatangani persetujuan bernilai 45 juta euro (AS$49.5 juta).”

Frank McCourt ketika menghadiri sidang media di Dewan Bandaraya di Marseille, selatan Perancis. – AFP
Frank McCourt ketika menghadiri sidang media di Dewan Bandaraya di Marseille, selatan Perancis. – AFP

“Cabaran yang akan dihadapi OM di dalam dan di luar padang mempunyai impak negatif ke atas peminat-peminat kelab itu sejak beberapa tahun,” jelas beliau. “Kami akan meletakkan kembali kelab ke laluan kejayaan.”

McCourt memberitahu harian sukan Perancis, L’Equipe lewat semalam dia merancang untuk melabur “200 juta euro dalam tempoh empat tahun” di kelab itu.

Cabaran adalah besar- Marseille, bergelut untuk menarik pemain-pemain terbaik dan pelaburan, tidak beraksi dalam persaingan elit Liga Juara–Juara bagi tiga musim lalu.

Peminat–peminat menjauhi dari Velodrome dengan kurang dari 25,000 orang yang menghadiri perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan 1-0 ke atas Mets pada Ahad lalu, perlawanan terakhir dalam era Louis-Dreyfus.

Perlawanan pertama Marseille di bawah kendalian McCourt adalah ujian getir menentang pasukan juara yang disokong Qatar, Paris Saint-Germain pada Ahad ini.

Eyraud menandatangani sebahagian dari persetujuan di Paris sebelum berkunjung ke selatan, Marseille, tiba di padang latihan kelab itu menggunakan teksi di mana dia bertemu dengan para pemain dan kaki tangan.

McCourt-Eyraud bersedia untuk membaik pulih bekas juara Eropah itu yang memiliki penyudah terburuk kelab itu dalam tempoh 15 tahun musim lalu.

Pemenang Piala Eropah 1993, Marseille memenangi perlawanan terakhir dari sembilan gelaran Ligue mereka pada 2010. dilatih oleh Franck Passi, mereka bergelut di tangga ke-12 dalam Ligue 1 musim ini.

Individu kelahiran Boston McCourt itu merupakan warga Amerika yang terkini mengambil kawalan kelab bola sepak Eropah selepas Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Roma semua mempunyai pemilik Amerika Syarikat.

Agenda utama mereka adalah untuk menyusun semula kelab itu dengan pengarah sukan baru dan kewangan dan ketua pemasaran.

McCourt berkemungkinan akan mencuba untuk membeli pemain nama besar semasa perpindahan musim sejuk dan jurulatih selewat-lewatnya musim depan.

Tetapi jika kepimpinan lapan tahun McCourt sejak Los Angeles Dodgers tiada apa-apa yang berlaku, peminat di Marseille mungkin menghadapi satu perjalanan yang sukar.

Dengan keadaan McCourt yang bergelut untuk memenuhi permintaan gaji Dodgers, pasukan tersebut memfailkan perlindungan muflis. Permulaan akhir datang pada bulan November 2011, apabila McCourt bersetuju menjual Dodgers dalam proses penyelia oleh seorang hakim mahkamah persekutuan.

Di atas padang semasa tempoh McCourt 2004-2011, Dodgers mencapai pertandingan empat kali tetapi tiada perkembangan untuk melepasi pusingan kedua.

Beliau kekal sebagai pemilik Los Angeles Marathon yang berjaya dan pada tahun 2014 dan telah mengambil 50 peratus saham dalam Global Champions Tour show jumping series. – AFP