Marseille tebus era lama

Marseille tebus era lama

PARIS, 17 Okt – Marseille bersedia dalam menghadapi era baharu pemilikan Amerika Syarikat dengan mengatasi Metz 1-0, hasil daripada gol babak pertama Bafetimbi Gomis.

Dalam perlawanan terakhir era Louis-Dreyfus, Marseille yang sebelum ini mempamer persembahan suram, mengembalikan keceriaan buat peminat selepas musim yang mengecewakan apabila kini berada di kedudukan 12 Ligue 1.

Gomis menjaringkan gol keenamnya pada musim ini bagi memberikan pemilik dari Amerika Syarikat, Frank McCourt sinar harapan menjelang perlawanan pertama di bawah pemilikan baru, pada Ahad depan apabila juara bertahan, Paris Saint-Germain akan menguji mereka.

Meskipun bermula baik pada permulaan kempen, ia adalah kemenangan ketiga di laman sendiri pada musim ini buat Marseille – mereka sekadar menamatkan saingan kempen lalu di tempat ke-13.

Gomis (kiri) ketika beraksi menentang pemain Metz pada perlawanan di Stadium Velodrome di Marseille, kelmarin. – AFP
Gomis (kiri) ketika beraksi menentang pemain Metz pada perlawanan di Stadium Velodrome di Marseille, kelmarin. – AFP

Permainan mereka juga kurang diingati di Velodrome yang hanya menyaksikan kurang daripada separuh stadium diisi.

Gol kemenangan diperoleh pada minit ke-13 apabila Gomis mendapat kembali bola ditampan penjaga gol Metz, Thomas Didillon yang sebelum itu cuba menghalang tandukannya daripada sudut.

Marseille memperoleh satu lagi peluang untuk menjarakkan kedudukan menerusi Clinton Njie dan Gomis pada babak kedua tetapi hampa apabila pertahanan Jepun, Hiroki Sakai hampir menjaringkan gol sendiri pada dua minit sebelum tamat perlawanan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA