Marshmallow nama peranti Android baru

Marshmallow nama peranti Android baru

SAN FRANCISCO, 18 Ogos – Google semalam telah memberi nama kepada sistem pengendalian yang bakal dikeluarkan bagi peranti bergerak Android: Marshmallow.

Nama samaran bagi versi 6.0 sistem perkomputeran bergerak dominan menyusuli kebiasaan menggunakan keseronokan manis bagi Android yang termasuklah Lollipop (5.0), Kitkat(4.4), Jellybean(4.1) dan Ice Cream Sandwich(4.0).

“Sama ada anda menyukainya terus dari beg, dipanggang hingga luarannya coklat keemasan dengan cair tengah-tengah, atau dalam bentuk lembut, siapa tidak suka marshmallow?” pengurus produk Jamal Eason bertanya dalam blog pemaju Android.

Eason berkata para pemaju yang ingin memajukan atau mengemas kini aplikasi bagi Android kini boleh memuat turun perisian ini.

Versi terbaru termasuklah penambahan yang termasuklah sensor cap jari dan mod penjimatan tenaga yang dikemas kini.

Marshmallow adalah nama bagi peranti Android baru yang bakal dilancarkan Google.
Marshmallow adalah nama bagi peranti Android baru yang bakal dilancarkan Google.

Marshmallow juga memperkemaskan model ‘kebenaran’ bagi pengguna untuk memasang dan mengemaskini aplikasi.

Para pengguna yang menggunakan aplikasi tertentu tidak perlu meminta kebenaran apabila mereka memasang atau mengemas kini, dan aplikasi sebaliknya pula perlukan kebenaran kerana ia memerlukan mereka, menurut Google. Android digunakan dalam hampir 80 peratus telefon pintar di seluruh dunia, meskipun kebanyakan peranti menggunakan versi lebih lama yang mana kemas kini tidak diperolehi.

Android juga menerajui asas bagi tablet, menurut tinjauan pasaran. – AFP