Martelly tinggalkan jawatan tanpa pengganti

Martelly tinggalkan jawatan tanpa pengganti

PORT-AU-PRINCE, 8 Feb – Michel Martelly menamatkan penggalnya sebagai presiden semalam tanpa menyerahkan kuasa kepada pengganti, dalam krisis pilihan raya yang memperlihatkan perjuangan lama Haiti untuk mengekalkan demokrasi dalam tempoh 30 tahun sejak kepimpinan diktator Duvalier berakhir.

Martelly telah dapat meninggalkan jawatannya selepas perjanjian pada saat-saat akhir beberapa jam sebelum pembentukan kerajaan sementara selepas bantahan panjang yang kadangkala bertukar ganas.

“Ketika perjalanan panjangnya menuju negara yang dijanjikan, Haiti akan mengenang beberapa kasih sayang, pemberian dan pembinaan Michel Joseph Martelly yang dikenali sebagai Micky oleh rakyatnya,” beliau berkata dalam ucapan terakhir sebagai presiden.

Berucap di hadapan ahli-ahli undangan di parlimen dalam bahasa Perancis dan Creole, presiden yang akan meninggalkan jawatannya itu berterima kasih kepada mereka yang telah menemaninya ketika tempoh lima tahun mandatnya. Beliau juga mempertahankan keluarganya daripada tuduhan penggelapan wang.

Tetapi beliau juga mengakui bahawa sejarah “akan mengingati kegagalan saya, yang mana saya sendiri bertanggung jawab, antaranya penangguhan pilihan raya presiden.”

Bekas Presiden Haiti, Michel Martelly meninggalkan jawatannya tanpa pengganti. – AFP
Bekas Presiden Haiti, Michel Martelly meninggalkan jawatannya tanpa pengganti. – AFP

Proses pilihan raya dihentikan selepas cabaran daripada pihak pembangkang, yang menyelar ‘rampasan kuasa pilihan raya’ yang didalangi kuasa eksekutif.

Dalam pusingan pertama pengundian presiden pada Oktober lalu, Moise secara rasmi memenangi 32.76 peratus undi, berbanding 25.29 peratus yang diraih Celestin, yang menyelar keputusan itu sebagai ‘sandiwara yang tidak masuk akal”.

Pusingan kedua pengundian presiden dan sebahagian pengundian perundangan, pada awalnya ditetapkan pada 27 Disember, telah ditangguhkan bagi tempoh tidak pasti, yang menghalang Martelly daripada menyerahkan kuasa kepada pengganti yang dipilih pada 7 Februari seperti yang dikehendaki di bawah perlembagaan.

Pengundian itu, pusingan kedua antara calon yang disokong Martelly, Jovenel Moise dan calon pihak pembangkang, Jude Celestin, telah dibatalkan ekoran keganasan dan bantahan pihak pembangkang oleh penunjuk perasaan yang mengatakan permainan kotor telah membantu calon kerajaan memenangi pusingan pertama. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA