Martial bantu United benam Everton

Martial bantu United benam Everton

MANCHESTER, 4 April (Reuters) – Manchester United mengekalkan tekanan mereka bagi penyudah empat kelompok teratas Liga Perdana apabila berjaya menewaskan Everton 1-0 menerusi jaringan pada separuh masa kedua dari pemain penyerang Perancis, Anthony Martial di Old Trafford semalam.

Martial mendapatkan kelebihan menerusi pertahanan longgar Everton untuk meledakkan jaringan pada minit ke-54 selepas pemain gantian, Timothy Fosu-Mensah membuat hantaran lintang di depan gawang dan John Stones dan Seamus Coleman gagal untuk mengeluarkan bola dari kawasan bahaya.

Everton, yang akan berdepan Manchester United sekali lagi dalam persaingan separuh akhir Piala FA di Wembley lewat bulan ini jika pasukan kendalian Louis van Gaal itu memenangi perlawanan ulangan di West Ham United, hampir menyamakan kedudukan dua minit kemudian apabila Phil Jagielka menanduk bola yang hanya singgah di palang yang dikawal David De Gea.

“Ia adalah kemenangan yang dicuri kerana kami tidak beraksi dengan baik,” pengurus United, Louis van Gaal memberitahu Sky Sport.

“Everton adalah pasukan yang bagus, beraksi lebih baik di gelanggang luar berbanding di laman sendiri, dan anda boleh melihat, ia adalah satu perlawanan sengit dan kami bernasib baik,” dia memberitahu BBC selepas kemenangan keempat liga United dalam lima perlawanan mereka.

Martial ketika menjaringkan gol buat Manchester United dalam perlawanan menentang Everton di Old Trafford. – Reuters
Martial ketika menjaringkan gol buat Manchester United dalam perlawanan menentang Everton di Old Trafford. – Reuters

“Kami tidak mencipta banyak peluang, dua saya rasa dan begitu juga dengan mereka tetapi kami menjaringkan salah satu peluang kami.”

Kemenangan itu melonjakkan United satu anak tangga di tangga kelima di atas West Ham dan mencatatkan 53 mata, satu mata di belakang Manchester City di tangga keempat.

Everton, yang tewas lapan kali di laman sendiri musim ini tetapi mengalami kekalahan kedua mereka semalam, memberikan saingan kepada United, seperti pasukan tuan rumah, mereka gagal untuk mencipta banyak peluang dalam perlawanan yang dilupakan.

Pengurus mereka, Roberto Martinez memberitahu BBC, “Terdapat dua perlawanan dalam satu permainan. Meningkat sehingga jaringan, kami adalah pasukan yang memiliki tempoh lebih baik dan kami selalu dilihat memberikan ancaman.

“Jaringan itu adalah tindakan yang lembut, ia bukan kepada standard kami. Persembahan adalah sederhana dan kami tidak seharusnya tewas.

“Ia adalah perlawanan yang ada pada margin kecil- -bola mengenai palang adalah perbezaan di antara kami mendapatkan sesuatu dari perlawanan.

“Kami adalah pasukan muda dengan potensi hebat, tetapi rentak kami di laman sendiri tidak cukup bagus.”

Rekod penjaring terbanyak United, Bobby Charlton, sekarang 78, yang membuat kemunculannya bagi kelab itu, 60 tahun yang lalu, diberikan penghormatan apabila dia muncul di atas padang sebelum perlawanan ketika South Stand di Old Trafford dinamakan semula Sir Bobby Chartlon Stand dalam menghormatinya.

ARTIKEL YANG SAMA