Martial kembalikan semangat United

Martial kembalikan semangat United

LONDON, 14 Mac (Reuters) – Pemain penyerang Manchester United, Anthony Martial menghidupkan harapan persaingan Piala FA mereka apabila beliau menjaringkan gol pada minit kelapan bagi mengikat kedudukan seri 1-1 menentang West Ham United dalam persaingan suku akhir semalam di Old Trafford.

Pemain utama West Ham, Dimtri Payet dilihat seakan–akan mengetepikan pemenang Piala 11 kali itu dari perlawanan tersebut dengan sepakan bebas yang melencong dari jarak 30 meter pada minit ke-68.

Tetapi dengan masa sudah suntuk, pemain muda Unites dari Perancis, Martial mendapatkan hantaran lintang dari Ander Herrera ke jaring dari sudut sukar.

Sama seperti penyingkiran juara Arsenal yang tersingkir lebih awal semalam dalam kekalahan 2-1 kepada Watford yang meningkatkan tekanan ke atas pengurus pasukan Arsene Wenger, penyingkiran United meningkatkan lebih banyak persoalan mengenai masa depan bos Louis van Gaal.

Aksi Martial ketika menjaringkan gol tunggal Manchester United pada Perlawanan Suku Akhir Piala FA menentang West Ham United di Old Trafford. – Reuters
Aksi Martial ketika menjaringkan gol tunggal Manchester United pada Perlawanan Suku Akhir Piala FA menentang West Ham United di Old Trafford. – Reuters

Dengan kekalahan United 2-0 selepas persembahan hambar perlawanan pertama dalam Liga Europa bagi 16 perlawanan terakhir menentang Liverpool pada Khamis dan ketinggalan 13 mata dari Leicester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana, jaringan dari Martial memberikan ketenangan bagi Van Gaal.

“Saya merasa gembira pasukan saya menunjukkan semangat mereka selepas minggu sukar,” Van Gaal memberitahu BT Sport.

“Kami beraksi dalam perlawanan menentang Liverpool pada Khamis dan mereka (West Ham) mempunyai sepanjang minggu untuk bersedia. Saya perlu memberikan banyak pujian kepada pasukan saya. Mereka secara mental dalam keletihan selepas Liverpool dan juga di badan.”

Van Gaal dan rakan sejawatannya dari West Ham, Slaven Bilic bersetuju ia adalah satu persaingan menarik, dengan kemahrian luar biasa Payet terhadap bola mati yang mencipta keadaan.