Martial, Pochettino terbaik September

Martial, Pochettino terbaik September

LONDON, 18 Okt – Penyerang Manchester United, Anthony Martial dan pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino masing-masing dipilih Pemain Terbaik serta Pengurus Terbaik Bulanan Liga Perdana Inggeris (EPL) September.

Martial yang menyertai United pada nilai 36 juta pound di hari terakhir tempoh perpindahan, dipilih hasil persembahan cemerlang menjaringkan tiga gol pada bulan lalu.

Satu daripada jaringannya hadir pada penampilan sulung ketika turun mewakili United menentang Liverpool dan dua lagi ketika bertemu Southampton.

Pochettino pula dipilih berikutan kejayaannya membawa skuad Spurs memenangi ketiga-tiga aksi pada September termasuk kemenangan sensasi, 4-1 ke atas pendahulu liga, Manchester City.

Ia adalah kemenangan pertama Pengurus Terbaik Bulanan buat Pochettino sejak pengendali dari Argentina itu membimbing Spurs, meskipun pernah memenanginya bersama Southampton pada 2013. – Agensi

Pochettino dan Martial. - Agensi
Pochettino dan Martial. – Agensi