Martial selamatkan United

Martial selamatkan United

MOSCOW, 22 Okt – Pemain antarabangsa Perancis, Anthony Martial menjaringkan gol menerusi tandukan pada separuh masa kedua ketika Manchester United mencatatkan keputusan penting seri 1-1 di CSKA Moscow dalam pertembuang Kumpulan B Liga Juara–Juara semalam.

Pasukan Bundesliga, Wolfsburg mengungguli kumpulan dengan enam mata, selepas menewaskan PSV Eindhoven 2-0, dengan United dan CSKA empat mata dan juara Belanda berada di tangga ketiga.

Gol itu adalah jaringan pertama bekas penyerang Monaco, Martial dalam Liga Juara–Juara bagi kelab barunya dan kelima musim ini sejak perpindahan berprofil tinggi dari kelab Ligue 1 akhir Ogos lalu.

Jaringannya juga membantu mengetepikan kesukaran bolos sepakan penalti separuh masa pertama yang membantu CSKA mendahului.

“Anthony Martial tidak menundukkan kepalanya, yang boleh berlaku selepas sepakan penalti dan dia menjaringkan gol menarik,” kata midfield United dari Perancis, Morgan Schneiderlin. “Kami memberikan tekanan dan memberikan segalanya dan tidak mendapat gol kedua yang memalukan.” – AFP

Anthony Martial (kiri) bersaing dengan midfield CSKA Moscow, Zoran Tosic dalam aksi Kumpulan B di stadium Arena Khimki, Moscow semalam. – AFP
Anthony Martial (kiri) bersaing dengan midfield CSKA Moscow, Zoran Tosic dalam aksi Kumpulan B di stadium Arena Khimki, Moscow semalam. – AFP