Martin Schulz jadi pencabar utama Merkel

BERLIN, 19 Mac – Martin Schulz (gambar) hari ini secara rasminya akan menjadi pencabar utama Canselor Angela Merkel dalam pilihan raya umum Jerman yang akan diadakan pada September depan dan mendedahkan rancangannya untuk menewaskan wanita paling berkuasa dunia itu.

Calon dari Demokrat Sosial itu, sudah mendapatkan pujian dengan kedudukan kuat parti pimpinannya, akan menjadi pemimpin SPD dan membawa standard pada kongres selama sehari di Berlin.

Media Jerman meramalkan dia akan menghimpunkan lebih dari 90 peratus undian dari parti politik tertua negaranya.

Dalam ucapan kepada pegawai SPD dan bawahannya, Schulz akan berusaha untuk mengukuhkan momentumnya menentang Merkel, yang menyaksikan konservatif hanya beberapa bulan lalu mendahului dalam tinjauan pendapat.

Keputusan Schulz untuk meninggalkan Parlimen Eropah, yang dipimpinnya selama lima tahun, dan bertanding untuk mengetuai Jerman telah memberikan Demokrat Sosial kehidupan baru sejak pemimpin parti itu, Sigmar Gabriel memintanya untuk memimpin pada Januari.

“Ia amat menggalakkan untuk melihat dalam tempoh beberapa minggu lalu orang ramai sekali lagi berharap bahawa Demokratik Sosial mempunyai peluang,” Schulz memberitahu radio umum Berlin, RBB minggu ini. – AFP