Martinez cadang tempoh perpindahan pemain

Martinez cadang tempoh perpindahan pemain

LONDON, 12 Ogos – Pengurus Everton, Roberto Martinez berkata, proses perpindahan pemain seharusnya dihentikan sebaik sahaja musim baharu bermula bagi membolehkan kelab fokus kepada pertandingan tanpa perlu bimbang dengan kepentingan pemain.

Martinez sebelum ini melahirkan rasa kurang senang dengan tindakan Chelsea yang terus memburu pertahanan mereka John Stones, sehingga sanggup membida buat kali ketiga bagi mendapatkannya selepas dua cubaan sebelum ini ditolak.

“Sesuatu perpindahan, bila terus dibuka dan kita pula bersiap-sedia untuk menghadapi perlawanan rasmi, tentunya tidak adil.

“Saya fikir ia bukan sesuatu yang betul,” katanya kepada Monday Night Football. Saya fikir kita harus ada satu tempoh untuk menghimpunkan skuad dan apabila saingan liga bermula, kita harus memfokuskan kepada itu.”

“Saya fikir kita mungkin terlupa, pemain adalah manusia, dan ia boleh menimbulkan kesan. “Pemain seperti Stone dan Ross Barkley mempunyai masa depan yang cerah dan mampu menarik perhatian dari luar,” katanya. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA