Martinez lega Everton tewaskan Bournemouth

Martinez lega Everton tewaskan Bournemouth

LONDON, 1 Mei (AFP) – Gol pertama Leighton Baines dalam tempoh hampir dua tahun memberikan pengurus Everton Roberto Martinez kemenangan yang amat diperlukan sebagai Toffees menewaskan Bournemouth 2-1 dalam Liga Perdana kelmarn.

Everton datang ke perlawanan dengan Martinez di bawah tekanan selepas kalah tujuh perlawanan tanpa kemenangan dalam liga diikuti oleh kekalahan pada Perlawanan Separuh Akhir Piala FA oleh Manchester United.

Pengurus Everton, Roberto Martinez berasa sedikit lega apabila pasukannya menewaskan Bournemouth 2-1 sekali gus merekodkan kemenangan pertama dalam lapan perlawanan sebelum ini, awal pagi tadi namun ia masih belum dapat mengurangkan amarah penyokong kelab berkenaan.

Leighton memastikan kemenangan itu pada babak kedua tatkala stadium turut menyaksikan banyak kain rentang yang membawa mesej supaya Martinez dipecat. Malah ketika perlawanan berlangsung, sebuah pesawat mengelilingi Goodison Park dengan bertulis: Masa untuk pergi Roberto.”

Martinez berasa sedikit lega apabila pasukannya menewaskan Bournemouth 2-1 sekali gus merekodkan kemenangan pertama dalam lapan perlawanan sebelum ini. – AP
Martinez berasa sedikit lega apabila pasukannya menewaskan Bournemouth 2-1 sekali gus merekodkan kemenangan pertama dalam lapan perlawanan sebelum ini. – AP

“Kemenangan itu sangat penting – ia satu detik yang penuh emosi. Kami perlu menang. Kami harus berusaha gigih, kami membuktikan yang kami adalah dalam satu pasukan dan sebab itulah kami mempunyai karakter berkenaan,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Ditanya mengenai protes berkenaan, Martinez berkata: “Aspek itu bukan untuk saya. Tumpuan saya adalah untuk mempersiapkan pemain dan bersedia untuk mengharungi perlawanan.”

Jaringan awal perlawanan dijaringkan Tom Cleverley namun Bournemouth menyamakan kedudukan selepas itu menerusi Marc Pugh.

Kegusaran untuk menempa kekalahan kesembilan di halaman sendiri dalam kesemua perlawanan musim ini terus membelenggu pasukan ketika itu, namun jaringan kemenangan Baines jelas melegakan pasukan selepas pemain berkenaan menerima hantaran cantik daripada Aaron Lennon.