Martino kekal bersama Argentina

Martino kekal bersama Argentina

SANTIAGO, 5 Julai (AFP) – Jurulatih Argentina, Gerardo Martino menegaskan beliau akan terus kekal bersama skuad yang kalah pada final Copa America bagi menghadapi kempen Piala Dunia 2018 meskipun peluangnya kian tipis.

Martino berkata, skuad kendaliannya sepatutnya menjulang trofi pada perlawanan yang berlarutan sehingga 120 minit termasuk tambahan masa menentang Chile namun tewas 4-1 pada penentuan penalti.

“Kekelahan seperti hari ini tidak akan mengubah analisis saya,” kata Martino pada sidang media selepas aksi final berkenaan.

“Selepas tempoh 120 minit ia adalah peluang yang terbuka untuk kedua-dua pasukan. Tapi Argentina sepatutnya menang.

“Kami cuba setiap aspek. Kami mempunyai peluang, Nico Otamendi, ‘Pocho’ Lavezzi dan juga Higuain pada minit terakhir,” katanya.

Reaksi jurulatih Argentina Gerardo Martino (dua kanan) bersama pemainnya Nicolas Otamendi (kanan) dan Pablo Zabaleta (kiri bawah) selepas tewas kepada Chile pada final Copa America semalam. – AFP
Reaksi jurulatih Argentina Gerardo Martino (dua kanan) bersama pemainnya Nicolas Otamendi (kanan) dan Pablo Zabaleta (kiri bawah) selepas tewas kepada Chile pada final Copa America semalam. – AFP

Gonzalo Higuain sepatutnya mempunyai menjaringkan gol pada masa kecederaan masa tambahan namun sepakannya tersasar selain gagal menyudahkan penentuan penalti.

Martino berkata, tiada pertukaran barisan pemain atau taktik ketika Argentina meneruskan kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

“Untuk kempen seterusnya, kami akan terus tekankan idea yang sama untuk meraih kejayaan,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA