MAS arah Bank BSI ditutup

MAS arah Bank BSI ditutup

SINGAPURA, 24 Mei (Xinhua/AFP) – Pihak Berkuasa Mata Wang Singapura (MAS) mengumumkan hari ini ia telah mengarahkan penutupan Bank BSI Switzerland di Singapura.

Satu notis niat telah pun dikeluarkan kepada bank untuk menarik balik statusnya sebagai bank saudagar di Singapura atas “pencabulan serius syarat-syarat anti-pembersihan wang, kesilapan pengurusan operasi bank yang lemah dan salah laku oleh beberapa kakitangan bank.”

Selain daripada itu, MAS telah merujuk kepada pendakwa raya nama enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan Bank BSI untuk menilai sama ada mereka telah melakukan kesalahan jenayah.

Bank BSI telah beroperasi sebagai sebuah bank saudagar di Singapura sejak November 2005 di mana ia menawarkan perkhidmatan perbankan persendirian. Ia adalah subsidiari milik sepenuhnya BSI SA, sebuah bank yang ditubuhkan pada 1873 dan beribu pejabat di Switzerland.

“Pelanggan Bank BSI diberi jaminan bahawa bank adalah mampu bayar dan mempunyai aset melebihi liabiliti dan komitmennya. Ia juga mempunyai sokongan padu dari bank induk di Swizerland, BSI SA. MAS sedang bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Swiss (FINMA), pengawal tempatan BSI SA, untuk menyelia penutupan Bank BSI di Singapura,” kata MAS dalam satu kenyataan.

Gambar fail menunjukkan logo Baca della Svizzera Italiana (BSI) di Lugano, Switzerland. Bank itu dan cawangannya di Singapura diarahkan ditutup bagi penyiasatan pembersihan wang. – AP
Gambar fail menunjukkan logo Baca della Svizzera Italiana (BSI) di Lugano, Switzerland. Bank itu dan cawangannya di Singapura diarahkan ditutup bagi penyiasatan pembersihan wang. – AP

Pada 2011, MAS memeriksa Bank BSI dan mendapati kesilapan dasar dan proses di pentadbiran dan penguatkuasaan lemah oleh bahagian kawalan, yang akan dibetulkan tidak lama lagi, kata MAS.

Pada 2014, MAS memeriksa bank sekali lagi dan membongkar kelemahan serius dalam pemeriksaan ke atas aset yang mendasari dana pelaburan yang distrukturkan untuk pelanggan bank.

Berdasarkan hasil dapatan kelemahan yang berulang dalam rejim kawalannya, MAS mengarah pengurusan Bank BSI supaya menambah pengawasan proses pengurusan risiko bank dan kawalan dalaman.

Pemeriksaan ketiga yang lebih intrusif oleh MAS pada 2015 juga mendedahkan pelbagai pencabulan peraturan anti-pembersihan wang dan pola penyelewengan yang tersebar luas.

Dalam pada itu, pengawal atur kewangan Swiss hari ini turut membubarkan bank cawangan BSI, Lugano atas kaitannya dengan skandal rasuah yang menyelubungi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Penasihat FINMA Swiss menuduh BSI, dalam pencabulan serius ‘peraturan pembersihan wang dalam pengendaliannya dengan syarikat dana kerajaan Malaysia, 1MDB yang menjadi perhatian dalam tuduhan rasuah.

Dalam tindakan hukuman paling keras yang belum lagi diumumkan, FINMA mengatakan dalam satu kenyataan bahawa ia meluluskan pengambilalihan bank itu oleh kumpulan perbankan swasta berpusat di Zurich, EFG International atas syarat BSI akan digabungkan dan ‘kemudiannya ditutup dalam masa 12 bulan.

Ia mengarahkan perampasan 95 juta Swiss francs daripada keuntungan ‘yang dijana secara haram’ oleh BSI.

“Dalam kes 1MDB, bank itu menjalankan banyak transaksi besar yang tidak jelas tujuannya dalam masa beberapa tahun, di sebalik indikasi yang disangsikan ini, ia tidak mengesahkan latar belakang transaksi ini,” kata pengatur selia Swiss itu.

Pejabat Peguam Negara Switzerland awal hari ini mengatakan ia sudah membuka prosiding jenayah terhadap BSI ‘berdasarkan maklumat didedahkan oleh prosiding jenayah dalam kes 1MDB.’

Perdana menteri Malaysia yang mengasaskan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam 2009, bergelut dengan tuduhan bahawa berbilion dolar disalurkan daripada jentera pelaburan itu dalam satu kempen penipuan dan pecah amanah daripada Timur Tengah sehinggalah Caymans.

Syarikat dana itu yang mempunyai lebih $11 bilion hutang dalam satu siri pelaburan yang dipersoalkan, sekeras-kerasnya menafikan wang itu adalah wang curi atau ia berada dalam masalah kewangan.