MAS cadang kekalkan 6 pesawat superjumbo

MAS cadang kekalkan 6 pesawat superjumbo

SINGAPURA, 15 Feb – Malaysia Airlines bercadang untuk mengekalkan enam pesawat superjumbo A380 bagi tempoh sekurang-kurangnya sehingga 2018, kata Ketua Pegawai Eksekutif berkenaan, Christoph Mueller.

Bagaimanapun tanpa mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Mueller berkata:” kami tidak mempunyai lebihan A380”.

Menurut laporan baru-baru ini, syarikat penerbangan itu cuba untuk menjual enam pesawat A380 miliknya, empat masih dalam perkhidmatan dan dua lagi tidak digunakan.

“Kami tidak mempunyai masalah dengan pesawat berkenaan pada ketika ini,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Kepimpinan Penerbangan Pertunjukan Udara Singapura 2016 di sini kelmarin.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan tambahan pesawat A350 untuk perkhidmatan ke destinasi jarak jauh, beliau hanya menjawab ‘mungkin’. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA