MAS lantik Sabrina Albakri sebagai Setiausaha Syarikat

MAS lantik Sabrina Albakri sebagai Setiausaha Syarikat

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) – Malaysia Airlines (MAS) melantik Datuk Sabrina Albakri Abu Bakar sebagai setiausaha syarikat, berkuatkuasa 23 Julai, 2015.

Sabrina, seorang setiausaha syarikat bertauliah, pada masa ini merupakan Ketua Perundangan dan Kesetiausahaan Kumpulan Pos Malaysia Bhd.

“Kami mengalu-alukan kehadiran Sabrina ke Malaysia Airline. Beliau berpengalaman lebih 22 tahun dalam korporat dengan peranan perundangan dan kesetiausahaan syarikat.

“Beliau akan menjadi asas dalam keupayaan kami untuk mengurus pemegang kepentingan dalaman dan luaran kami secara berkesan, serta mengurus dan menyelaras kewajipan kami sebagai syarikat yang bertanggungjawab,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller, dalam satu kenyataan Jumaat.

Sabrina memulakan kerjaya sebagai pengamal undang-undang sebelum menjadi penasihat perundangan dalaman dan setiausaha syarikat di tiga buah syarikat senaraian awam.

Sebelum berkhidmat di Pos Malaysia, Sabrina merupakan Pengurus Besar Perundangan dan Kesetiausahaan di Sapura Technology Bhd.