MAS tawar diskaun 30-50 peratus

MAS tawar diskaun 30-50 peratus

KUALA LUMPUR, 19 Ogos – Malaysia Airlines (MAS) akan menawarkan diskaun antara 30 dan 50 peratus bagi tiket yang dibeli semasa Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) September ini.

Pengurus Kanan Jualan Serantau MAS, Kathleen Leong berkata diskaun ditawarkan untuk semua destinasi MAS.

“Saluran pengedaran kami adalah menerusi ejen di pesta itu, agensi pelancongan yang kami lantik di seluruh negara serta menerusi laman sesawang kami,” katanya pada sidang media mengenai Pameran Matta, di sini hari ini.

Acara tiga hari itu akan berlangsung bermula 4 Sept di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.

Beliau berkata MAS juga akan menyumbang 10 tiket penerbangan pergi balik ke destinasi seperti London, Paris, Tokyo, Seoul dan Hong Kong kepada pemenang Peraduan Pembeli Pameran Matta.

Peraduan terbuka kepada mereka yang membeli pakej pelancongan pada harga minimum RM300. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA