MAS tawar diskaun bonanza 50%

MAS tawar diskaun bonanza 50%

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Malaysia Airlines menawarkan diskaun 50 peratus ke atas semua tiket dalam tawaran ‘Year-End Super Specials (YESS)’   bermula hari ini sehingga 30 Okt.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata kempen YESS adalah bagi tempoh perjalanan 1 Nov, 2015 hingga 30 April 2016 dan boleh ditempah segera di laman webnya. Tawaran termasuk tambang perjalanan antarabangsa atau domestik termasuk hiburan dalam penerbangan atas permintaan, percuma daftar masuk bagasi 30 kilogram dan makanan.

“Jangan ketinggalan tawaran jualan ini kerana kami menawarkan harga terbaik bagi destinasi kegemaran anda,” kata Ketua Jualan Malaysia Laurent Recoura.

Beliau berkata penumpang kelas perniagaan juga boleh mengambil kesempatan daripada peluang ini untuk mendapatkan tambang menarik bagi perjalanan rasmi mereka, dengan elaun daftar masuk bagasi 40 kilogram.

Recoura berkata perkhidmatan syarikat penerbangan, ‘On Air Celebration’ juga disediakan pada RM250 bagi setiap pesanan untuk pilihan kek hari jadi, ulang tahun atau bulan madu dengan mesej peribadi untuk membuat kejutan kepada orang tersayang. – Bernama

p19-3_20151021