MAS tubuh unit perangi aliran kewangan haram

MAS tubuh unit perangi aliran kewangan haram

pg19_160802_a

SINGAPURA, 1 Ogos – Bank pusat Singapura hari ini melancarkan satu unit untuk memerangi pembersihan wang, memperkukuh perlindungan pusat kewangan itu daripada aliran wang haram.

Pegawai Autoriti Monetori Singapura (MAS) berkata rancangan untuk menubuhkan unit khas itu wujud sebelum skandal berterusan yang membabitkan dana kerajaan 1MDB di negara jiran Malaysia dan bank yang beroperasi di Singapura.

“Namun perkembangan terbaru berkenaan telah menekankan merit mengumpul bersama sumber penyeliaan di seluruh MAS untuk memberikan tumpuan pada usaha memerangi pembersihan wang,” kata jurucakap untuk MAS apabila ia mengumumkan penubuhan unit tersebut.

Singapura pada tahun lalu memulakan satu siasatan dalam aliran wang yang dikaitkan dengan 1MDB. Pada Mei tahun ini ia menyingkir Bank BSI dari Swirzerland kerana ‘salah laku’ berhubung dengan dana Malaysia.

Pada bulan lalu Singapura mendedahkan ia telah merampas hampir $180 juta dalam aset menerusi siasatannya dalam penipuan dan pembersihan wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

Separuh daripada aset berkenaan mempunyai hubungan dengan Low taek Jho, ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

MAS pada hari ini mengesahkan ia sedang menyiasat sejauh mana pembabitan Goldman Sachs di Singapura dalam urus niaga bon 1MDB.

Pengatur AS pada minggu lalu berkata mereka telah mengeluarkan sepina kepada bank pelaburan Amerika meminta dokumen berkaitan dengan urus niaganya dengan 1MDB.

“Tatkala pusat kewangan kami berkembang dari segi saiz, kecanggihan dan kesalinghubungan, begitu juga dengan risiko elemen jenayah yang menyalahgunakan sistem kewangan kami,” kata pengarah urusan MAS, Ravi Menon pada Jun.

“Kami akan memperkukuh penyeliaan kami dalam kawalan institusi kewangan untuk memerangi pembersihan wang dan pembiayaan haram. Dan kami akan mempertingkat keupayaan penguatkuasaan kami untuk menghalang kawalan lemah atau tingkah laku penjenayah dalam industri.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA