Masa depan EU tergantung

Masa depan EU tergantung

LONDON, 22 Jun (AFP) – Pihak-pihak yang bertikai berkempen pada hari terakhir hari ini sebelum pengundian Britain berhubung keanggotaan EU yang akan membentuk masa depan Eropah.

Perdana Menteri David Cameron telah mengadakan siri-siri temu bual di saat-saat akhir untuk menghantar mesej pro EU beliau kepada para pengundi sebelum pengundian dibuka pada pukul 6 pagi esok.

“Tidak siapa tahu apa akan berlaku,” beliau memberitahu Financial Times. “Saya percaya walau apa cara sekali pun ia adalah muktamad. Britain tidak mahu melaluinya lagi.”

Kumpulan ‘Kekal’ dalam pendahuluan paling tipis dengan 51 peratus berbanding 49 peratus sokongan bagi kumpulan ‘Keluar’, menurut purata undi yang dikumpul oleh What UK Thinks.

Dalam usaha terakhir untuk memenangi hati para pengundi yang teragak-agak , para pengkempen akan berkata pada perhimpunan kumpulan ‘Keluar’ dan ‘Kekal’ yang mengambil tempat dalam tempoh beberapa jam antara satu sama lain di London.

Wakil-wakil dari kedua belah pihak kemudian akan mengadakan pertemuan dalam perdebatan terakhir di televisyen di Channel 4 yang memperlihatkan ketua parti Kemerdekaan UK yang anti EU, Nigel Farage dan bekas Menteri Pertama Scotland Alex Salmond bagi kumpulan ‘Kekal’.

Prospek Britain menjadi negara pertama berpaling tadah dari EU dalam sejarah 60 tahun gabungan itu telah membangkitkan kebimbangan kesan berulang kejatuhan projek Eropah.

Presiden Suruhanjaya Eropah Jean-Claude Juncker berkata sebelumnya Britain membantah ‘tindakan membahayakan diri sendiri’, menurutnya akan membahayakan segala-galanya yang diusahakan bersama-sama oleh pihak Eropah untuk berjaya.