Masa depan MH370 bakal dibincangkan

Masa depan MH370 bakal dibincangkan

KUALA LUMPUR, 20 Julai – Menteri-menteri pengangkutan dari Australia, China dan Malaysia akan membuat pertemuan Jumaat ini bagi membincangkan masa depan pencarian dasar laut dalam bagi pesawat MH370 yang hilang, menurut pegawai hari ini.

Misi pencarian yang diketuai oleh Australia itu membuat pencarian dasar laut dalam lingkungan 120,00 kilometer persegi yang ditetapkan di Lautan Hindi di mana pihak berkuasa mempercayai kawasan di mana pesawat itu terhempas.

Pencarian dijangkakan akan siap kemungkinan dalam masa beberapa minggu mendatang, dan ketiga-tiga negara telah mengatakan bahawa operasi yang menggunakan sistem sonar canggih di barat Australia itu tidak akan diperluaskan lagi tanpa bukti baru yang boleh dipercayai yang menghala ke tempat nahas.

“Pencarian itu adalah dalam skala besar, dijalankan di beberapa perairan dunia yang paling terpencil dan seketika dalam cuaca yang sangat mencabar,” Menteri Pengangkutan Australia, Darren Chester berkata hari ini.

Gambar fail – Papan tanda bagi memperingati mangsa-mangsa hilangnya penerbangan MH370. – AP
Gambar fail – Papan tanda bagi memperingati mangsa-mangsa hilangnya penerbangan MH370. – AP

“Perjumpaan itu akan memberikan peluang untuk meneliti pencapaian setakat ini dan membincangkan langkah-langkah apabila kini hampir menyelesaikan pencarian di kawasan pencarian 120,000 kilometer persegi itu,” tambahnya.

Boeing 777 itu hilang pada 8 Mac 2014 dalam laluan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 orang penumpang di dalamnya, kebanyakannya warga China.

Punca kehilangannya masih belum diketahui dan menjadi salah satu misteri terbesar dalam sejarah penerbangan.

Meskipun dijangkakan bahawa pencarian itu akan berakhir tidak lama lagi, beberapa ahli keluarga mangsa menggesa ia supaya diteruskan sehingga misteri itu diselesaikan.

Kebanyakan ahli keluarga terus mendakwa ia hanya sebagai menutup punca sebenar kejadian, dan beberapa juga menuntut bagi penilaian semula data yang sedia ada untuk memastikan sama ada pihak berkuasa mencari dalam kawasan yang betul. – AFP