Masa satukan keluarga

Masa satukan keluarga

TUTONG, 8 Dis – Musim cuti persekolahan pada masa ini amat bermakna bila dimanfaatkan oleh sebilangan keluarga untuk mengadakan kegiatan yang menjurus ke arah pengukuhan institusi kekeluargaan majlis doa selamat, doa arwah dan juga kegiatan-kegiatan riadah yang dapat menyatupadukan ahli keluarga.

Bagi keluarga Allahyarham Haji Taha bin Ahmad yang berasal dari Kampung Sengkarai, Daerah Tutong, kesempatan itu sangat dinantikan apabila sekali lagi mereka telah berjaya mengadakan Hari Keluarga HTR’s Family di Pantai Seri Kenangan, Tutong, baru-baru ini.

Kegiatan yang lebih menjurus kepada sukan riadah dan hiburan itu telah berjaya mengumpulkan seramai lebih 60 orang waris Allahyarham yang terdiri daripada anak, cucu dan cicit.

Bagi memeriahkan Hari Keluarga tersebut, pelbagai jenis permainan telah diadakan termasuklah acara membawa bola pingpong dengan kelopak mata, boling buah kelapa, melontar buah kelapa pada jarak yang jauh dan juga acara-acara untuk anak-anak kecil serta cabutan nombor bertuah. Sambutan Hari Keluarga seumpama ini merupakan satu kegiatan tahunan yang akan terus diadakan sebagai satu wadah untuk menyatupadukan waris dalam satu ikatan kekeluargaan yang kukuh.

Gambar ramai waris Allahyarham Haji Taha yang menyertai Hari Keluarga itu.
Gambar ramai waris Allahyarham Haji Taha yang menyertai Hari Keluarga itu.
Permainan membawa bola pingpong menggunakan kelopak mata.
Permainan membawa bola pingpong menggunakan kelopak mata.
Antara permainan yang diadakan dalam majlis perhimpunan itu.
Antara permainan yang diadakan dalam majlis perhimpunan itu.

ARTIKEL YANG SAMA