Masa untuk Giggs berdikari

Masa untuk Giggs berdikari

LONDON, 5 Julai – Ryan Giggs melakukan keputusan yang tepat dengan meninggalkan Manchester United, kelab dia mencurahkan kesetiaan lebih 30 tahun, kata mentornya, Alex Ferguson.

Ferguson, 74, yang membimbing Giggs dan United untuk memenangi 13 kejayaan Liga Perdana Inggeris, dua Liga Juara-Juara, empat Piala FA dan empat mahkota Piala Liga sebelum bersara pada 2013, berkata dia berasakan Giggs memiliki kualiti untuk menjadi seorang pengurus.

Giggs, 42, ketika ini berkhidmat sebagai pengulas TV di Perancis yang mana skuad negaranya akan mengharungi separuh akhir Euro 2016 berdepan Portugal, Khamis ini.

Giggs meninggalkan kelab itu Sabtu lalu selepas pengurus Jose Mourinho mahu Rui Faria menjadi penolong pengurus, sekali gus bermakna peranan berbeza akan digalas bekas pemain sayap Wales itu.

Giggs yang mencipta rekod 963 penampilan bersama United, berperanan sebagai penolong pengurus di bawah Louis van Gaal.

Giggs (kiri) bersama Ferguson dalam gambar fail 3 April 2007 dalam satu sidang akhbar di Rom. - AP
Giggs (kiri) bersama Ferguson dalam gambar fail 3 April 2007 dalam satu sidang akhbar di Rom. – AP

“Sudah tiba masanya Ryan berdiri di atas kaki sendiri, keluar dan menyahut cabaran itu,” kata Ferguson kepada BBC. “Saya bercakap mengenai wataknya.

Dia memiliki sedikit kekuatan mengenainya.

“Ia adalah keputusan yang sangat sukar, anda memerlukan orang yang memiliki sedikit kekuatan, watak dan personaliti.”

Ferguson yang terpaksa menonton dari luar ketika David Moyes dan Van Gaal gagal meneruskan legasinya dan menyaksikan United ketinggalan jauh dari perebutan kejuaraan, berkata dia memahami Mourinho akan membawa pembantunya sendiri.

“Anda perlu mempunyai pembantu anda sendiri, seseorang yang anda percayai sepanjang hidup anda,” kata Ferguson. “Ketika saya datang ke United, saya membawa Archie Knox kerana dia adalah seorang yang berharga bagi saya.

“Saya mempercayainya 100 peratus. Jose Mourinho sudah memiliki pembantunya selama bertahun-tahun dan, sangat tepat, dia sudah terikat dengan orangnya sendiri.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA